Sunday, 4 December 2011

Mekar Layu Melayu..

Orang kata MELAYU itu serumpun,
tapi aku lihat serumpun di celah mana?
Orang kata MELAYU itu satu,
bagi aku mana mungkin bersatu..
Orang kata MELAYU itu susila bualnya,
aku rasa tutur penjajah keagungan mereka..
Orang kata MELAYU itu bangga bersama warisan,
aku dengar mereka bangga dengan dosa-dosa..
Orang kata MELAYU itu jujur tingkahnya,
aku saksi dengki domba rutin utama..
Orang kata MELAYU itu paksi keberanian,
aku bertaruh mereka berani menjahanamkan bangsa sendiri..

Apapun diskusi perwatakan MELAYU..
Bak ayam riuh sekampung,
umpama menghambur air ke sumbatan singki,
seperti tin kosong bergema sifar..

Pemimpin bestari melontar kata,
"MELAYU MUDAH LUPA"
adakah benar MELAYU itu?
Benar!..tunggulah masanya nanti,
ketika kuasa bertukar bangsa,
tak guna meraih simpati empati lagi,
tak guna lagi suara tentangan,
merempatlah MELAYU di tanah sendiri..
Menangislah roh kemerdekaan Tanah Melayu..
Fikir..laksana..bertindak..
BERSATU!


nukilan untuk bangsaku..
cikgu Sri Kota @ Shahril @ SiD

No comments:

Post a Comment